Janda anak empat dicekup bersama empat jantan dalam sebuah rumah di Besut

Janda anak empat dicekup bersama empat jantan dalam sebuah rumah di Besut


Seorang wanita berstatus ibu tunggal antara lima individu yang ditahan dalam operasi dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut di sekitar daerah ini awal pagi Selasa.

Wanita berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya di Jabi di sini bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya berusia 28 tahun dalam operasi bermula jam 1 pagi dan berakhir jam 5.30 pagi.

Ketua Pegawai AADK Besut, Noor Hafizza Mat Zin berkata, operasi disertai 10 anggota dan pegawai itu menahan lima individu termasuk seorang wanita.

“Turut berada di dalam rumah berkenaan ialah empat orang anak wanita tersebut yang berusia antara tiga hingga 11 tahun termasuk anak lelaki sulungnya yang berstatus orang kurang upaya (OKU) kategori lembam.

“Pihak kami difahamkan keempat-empat anak wanita itu dengan bekas suaminya kini hidup terabai kerana kurang perhatian serta kasih sayang disebabkan najis dadah tersebut,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan pada Selasa.

Noor Hafizza berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua yang ditahan berusia antara 25 hingga 34 tahun itu positif dadah.

“Mereka kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983 Pindaan 1998,” katanya. – SH



Source link

COMMENTS