Panas! Portal pro-Azmin dedah perbualan telefon mirip suara Anwar dan Zahid

Panas! Portal pro-Azmin dedah perbualan telefon mirip suara Anwar dan Zahid


Sebuah rakaman audio perbualan telefon di antara presiden Umno dan PKR menunjukkan bukti paling jelas bahawa wujud perancangan bersama dua pemimpin itu bagi mencorakkan nada kecenderungan perwakilan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini.

Beberapa fail rakaman audio perbualan telefon yang tular di media sosial dan aplikasi perbualan dalam talian menunjukkan dua pemimpin itu saling berterima kasih dan menyatakan rasa senang hati selepas perwakilan-perwakilan Umno bersetuju dengan usul Zahid supaya parti itu memutuskan hubungan dengan gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Saya, dah 22 tahun, baru saya follow Perhimpunan Agung Umno,” kata Anwar sambil ketawa selepas memberi salam kepada Zahid dalam rakaman perbualan tersebut.

“Don’t worry, that is only tactical, OK,” jawab Zahid.

“No, no, okey, okey, I tengok ucapan you bagus, and then you did mention about majlis tertinggi, and of course kita nak finish the game, tapi kalau you dah fikir mandat tu, okeylah, cuma ada kerja sikitlah dengan MT,” kata Anwar.

Mereka berdua dipercayai merujuk ucapan Zahid dalam PAU yang tegas mengatakan beliau komited dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno iaitu “No DAP, No Anwar” dalam usaha membina kerjasama politik pada masa akan datang.

MalaysiaNow yang menerima rakaman audio berkualiti tinggi melalui sumber yang dipercayai boleh mengesahkan suara-suara yang dirakam tersebut adalah tulen milik dua pemimpin parti itu.

Rakaman telefon itu dipercayai berlaku beberapa jam selepas ucapan penggulungan Zahid ketika PAU mengumumkan mandat yang diperolehinya.

Dalam perbualan itu, Anwar turut mengucapkan tahniah di atas ucapan beliau di PAU, dan Zahid pula turut membalas pujian Anwar itu.

Zahid: You tahu siapa cikgu saya kan?

Anwar: Good lah, good. I’m very proud of you.

Zahid: Thank you, thank you. Cikgu saya yang ajar saya ucapan ini adalah orang yang saya tengah bercakap inilah.

Dalam ucapan penggulungannya ketika PAU baru-baru ini, Zahid turut memohon perwakilan untuk berdiri bagi menyatakan sokongan terhadap usul putus hubungan dengan PN.

Beliau kemudian mengisytiharkan usul tersebut diluluskan secara sebulat suara oleh perwakilan.

Pada satu bahagian perbualannya dengan Anwar, Zahid turut menyentuh perkara berkenaan ucapan perwakilan Umno Perlis, Shahidan Kassim yang menolak cadangan dari presiden Umno itu .

MalaysiaNow difahamkan ucapan tersebut tidak disiarkan secara langsung seperti ucapan-ucapan lain yang menyokong Zahid.

Zahid: Shahidan je yang against the motion, kena boo lima, enam kali.

Anwar: Betul, betul. Only if we could get one minister to resign… tapi tak ada seorang pun yang berani.

Zahid: Penakut.

Anwar: Hanya yang Perak tu, apa namanya, Shamsul, yang kata dia akan resign…

Zahid: Ya, betul.

Anwar: Kalau dia boleh, one or two days, dia kata, ‘Saya respect mood perhimpunan, saya orang Umno, saya patuh’, jadi begitulah. Tak apalah, kita tengoklah. Tapi good lah, terima kasih, congratulations.

Zahid: Thank you for your…



Source link

COMMENTS