Tanggungjawab Bersama Suami Isteri Harus Sama Rata, Baru Bahagia!

Tanggungjawab Bersama Suami Isteri Harus Sama Rata, Baru Bahagia!

[ad_1]

Tanggungjawab bersama suami isteri selain sentiasa menghormati satu sama lain dan menyumbang kewangan bersama, kerja rumah juga adalah salah satunya!

Bila bab mencari rezeki dan wang untuk keluarga kini tidak lagi hanya menjadi beban si suami, boleh dikatakan kebanyakan pasangan berkahwin kini keduanya berkerjaya. Sudah tu kenapa pula bab menguruskan hal rumah masih lagi menjadi tanggungjawab isteri seorang? 

Penat juga setiap hari perlu disuruh itu ini, sedangkan melangkah saja alam perkahwinan, suami isteri sepatutnya sudah tahu tanggungjawab masing-masing. Walaupun isteri adalah suri rumah sepenuh masa, adakah para suami ingat mereka tak letih? Menguruskan anak-anak, berkejar ke pasar, melayan suami lagi, manalah kawan tu cukup tangan. 

Secara jujurnya, pandangan isteri tempatnya di dapur adalah pandangan kuno yang kini tidak boleh dipakai lagi ya. Selayaknya kerja-kerja rumah untuk pasangan yang tidak mempunyai pembantu patut dibahagi SAMA RATA. 

Basuh, sidai dan lipat kain, basuh pinggan, kemas rumah, sapu dan mop lantai, cuci tandas, buang sampah dan lain-lain perlulah dibahagi mengikut kepakaran masing-masing, tak pakar pun kena buat juga sampailah mahir ya. 

Jadi di sini patut dibincangkan apa yang suami boleh tolong dan apa kelebihan yang akan diperoleh dalam sebuah keluarga jika tanggungjawab bersama suami isteri ini dibahagi sama rata. 

Mengapa suami patut membuat kerja rumah

tanggungjawab bersama suami isteri

Kredit: Freepik

#1. IQ tinggi

Tahukah anda ada kajian yang menyatakan suami yang membuat kerja rumah ini IQ mereka lebih tinggi! Lelaki yang meletakkan usaha yang sama atau lebih banyak untuk melakukan pengurusan rumah tangga lebih cenderung mempunyai IQ yang lebih tinggi dan lebih bahagia berbanding lelaki yang tidak melakukan atau berkongsi rumah tangga secara adil dengan pasangan mereka.

#2. Contoh kepada anak-anak

Selain memiliki IQ tinggi anda mesti juga mahu menunjukkan contoh yang baik buat anak-anak bukan? Biasanya anak-anak lelaki yang sentiasa melihat ayahnya menolong ibu membuat kerja rumah akan membuat perkara yang sama kepada isterinya nanti. Wah, sejuk perut ibu mengandung!

#3. Isteri bahagia 

Bila isteri bahagia keluarga pun bahagia! Disebabkan itulah kerja-kerja rumah perlu dibuat bersama. Baru kerja cepat habis dan banyak masa boleh diluangkan bersama. Secara tak langsung mood isteri pun jadi happy saja. Kan seronok?

Cara ajak suami buat kerja rumah

tanggungjawab bersama suami isteri

Kredit: Freepik

  • Tanya pada suami anda, apa cabaran terbesar mereka setiap hari. Sama ada di pejabat, rumah atau ahli keluarga. Jangan kritik, jangan hukum, hanya dengar apa jawapan dia.
  • Beritahu mereka cabaran terbesar anda setiap hari pula. Jangan harap mereka dapat mengubahnya. Tapi hanya minta mereka mendengar cerita anda tanpa komen apa-apa.
  • Masing-masing menyatakan apa satu perkara yang mahu diubah.
  • Sama-sama menyatakan apa satu benda yang boleh dibuat untuk mengurangkan beban pasangan.
  • Buat senarai kerja rumah dan jadikan satu jadual untuk suami isteri peka apa yang mereka patut…

[ad_2]

Source link

COMMENTS